Social Icons

Pages

Isnin, 3 April 2017

Catatan iman buat bekalan

✍🏿  Catatan iman buat bekalan ...

Layakkah kita menagih cinta insan seandainya cinta Tuhan belum tergapai ?

_Sedangkan cinta Allah adalah segalanya, cinta Rasul lambang cinta kepada-Nya,_

_Cinta ibu bapa tulus selamanya, cinta saudara ukhwah kerana-Nya dan cinta pada 'nya' pelengkap kasih-Nya…_

Hamparkanlah cinta kepada yang selayaknya.

Jika mengharapkan cinta sejati, dambalah kasih Ilahi kerana itulah cinta yang hakiki.

_Muhasabah hati, tanya iman, tanya akal, tanya hati, tanya diri sendiri..._

Sejauh manakah taraf cinta kita ini ?

_Cinta Itu Indah , bila berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah._

_Bila tujuannya kerana Allah._

_Bila matlamatnya Syurga yang barakah._

Jika engkau sudah mengenal Allah,
maka cukuplah Allah di hatimu.

_Wahai hati, engkau mengakui mencintai ALLAH, sedangkan engkau bermaksiat kepada-Nya._

_Wahai jiwa, bukankah seorang Pencinta akan tunduk kepada yang di Cintainya ?_

Bangkitlah wahai pemuda dan pemudi Islam,

Jiwa pemuda yang sepatutnya berkibar bak singa di padang pasir menjadi layu kerana terjerat dgn percintaan.

Jiwa pemudi yang sepatutnya disirami dgn kesopanan dan kesolehan menjadi kotor dek cinta yang ternoda.

_Antara nafsu dan iman, sering menjadi pilihan._

_Antara Allah dan syaitan, penentu kekuatan iman._

_Antara duniya dan akhirat, dua2 kena seimbangkan._

_Andai nafsu, syaitan dan duniya semata-mata bermaharaja dalam diri, itu membuktikan betapa tandus dan kontangnya cinta kita terhadapNya.._

❤ Serahkan cintamu pada ALLAH, kelak dirimu tidak akan kecewa.

❤ Salurkan rindumu pada Rasulullah, nescaya dirimu akan merasa bahagia.

❤ Suburkan sayangmu pada Ibu Bapa, pasti dirimu gembira melihat mereka.

❤ Siramlah perasaan kasihmu pada Sahabat2 yang mengalirkanmu ke jalan kebenaran.

_Bersihkanlah HATI mu untuk bertemu dengan sekeping HATI suci pilihanNya..._ 💞

# Warkah Waraqah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 
Blogger Templates