Social Icons

Pages

Isnin, 3 April 2017

Dari fb page Akademi Pemikiran Turath Al Mustanir

*Dari fb page Akademi Pemikiran Turath Al Mustanir*

Mafhum kalam Sayyidi Al-'Allaamah Zu Al-Tahqeeqaat Al-Maati'ah Al-Syeikh 'Abd Al-Fattah Abu Ghuddah -rahimahuLLahu Ta'aala rahmatan waasi'ah- :

Untuk menguasai sesuatu ilmu itu terdapat beberapa peringkat :

Peringkat Pertama :
Mengetahui nama kitab dan nama pengarangnya

Kedua :
Melihat kitab tersebut dan menyelak helaian demi helaian secara ringkas

Ketiga :
Membaca kitab tersebut dengan teliti dan memahami perbincangan yang didatangkan di dalam kitab semampu mungkin

Keempat:
Proses bertalaqqi dan memahami kitab tersebut dari guru yang mahir dalam bidangnya

-beserta sedikit olahan-

***
- Bagi setiap penuntut ilmu, tidak cukup sekadar memiliki kitab yang banyak. Paling kurang, setiap buku yang telah dimiliki mestilah pernah dibaca Muqoddimah dan di amati Fehresnya.

- Cubalah untuk mengingati nama kitab dan pengarang. Fa inna bi zikr al-soliheen tanzilu al-rahmah fa ma baaluka bi hifz asmaaihim !

- Bertalaqqi dan mengambil ilmu dari para masyaikh adalah jalan ahl al-ilm yang diwarisi zaman berzaman. Iza roaita man salaka haza al-maslak fasyhad lahu bi salaamat al-toreeqoh.

- Dalam menghidupkan peringkat yang ke-4 jangan di'ihmal'kan peringkat ke-3 fa innahu muhimm waLLahu Ta'aala yatawallaa hudaak. Ambillah kisah Sayyidina Al-Imam Al-Syafie yang telah menghafal Al-Muwatto' sebelum berguru dengan Sayyidina Al-Imam Maalik sebagai motivasi dan penguat semangat.

(( . . ِوَمَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَلْتَمِسُ فِيهِ عِلْمًا سَهَّلَ اللهُ لَهُ بِهِ طَرِيقًا إِلَى الجَنَّة . . ))

WaLLahu Ta'aala A'lam bi Al-Sowaab . . .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 
Blogger Templates